" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!

Bandwidth Speed Test


Monsun Biz Oring Technologies Landlord 0146

My Previous Article Archieve

Thursday, June 19, 2008

Utamakan apa yang pelanggan anda inginkan dahulu.

Berikut adalah pengalaman saya ketika berbincang bagaimana untuk menarik minat dan mendapatkan ahli yang mendaftar dengan perkhidmatan SMS (SMS Subscription Manager) yang telah rakan saya lancarkan baru-baru ini.

Beliau merungut dan menyatakan kekecewaan beliau dengan jumlah ahli yang mendaftar dengan SMS yang beliau lancarkan itu. Lalu beliau meminta saya melihat artwork advertising beliau.

Sebelum saya membaca iklan beliau itu, saya meminta beliau menceritakan kepada saya secara ringkas idea dan juga tujuan iklan tersebut dikeluarkan, apakah tujuan perkhidmatan beliau itu dan siapakah sasaran pelanggan beliau. Setelah itu baru saya membaca iklan tersebut.

Apabila saya membaca rangkap pertama sahaja, saya telah merasakan sesuatu yang tidak kena. Apabila saya membaca rangkap yang seterusnya, saya masih tidak mendapat apa-apa info yang saya inginkan sebagai pendaftar kepada SMS beliau itu.

Setelah selesai saya membaca iklan beliau itu, lantas saya meminta beliau merombak kesemua iklan tersebut. Saya meminta beliau menyediakan kertas kosong dan jawap segala pertanyaan saya. Diantara soalan-soalan yang saya kemukakan untuk beliau menjawapnya adalah:

  1. Siapakah sasaran iklan anda? Lelaki, wanita, peminat club tertentu, kumpulan tertentu dan sebagainya.
  2. Bilakah iklan itu bermula dan bilakah iklan itu akan ditamatkan pendaftarannya (jika ada)?
  3. Mengapakah iklan tersebut di keluarkan?
  4. Apakah tujuan iklan tersebut dikeluarkan?
  5. Senaraikan segala kebaikkan dan faedah yang akan pelanggan anda perolehi sebaik sahaja mereka mendaftar dengan perkhidmatan SMS anda itu.











Kini saya mulai faham, apakah tujuan beliau mengendalikan pendaftaran ahli melalui SMS tersebut. Tidak kiralah apa tujuan kita sekali pun, kita mestilah mengutamakan kepentingan, kehendak dan keperluan pelanggan tersebut terlebih dahulu. Maka, point nombor 5, adalah point yang paling penting untuk anda menarik minat orang ramai mendaftar dengan SMS Subscription anda itu. Kerana secara asasnya, tiada orang yang akan membuta-tuli melakukan sesuatu yang mereka sendiri tidak tahu atau tidak nampak apakah kebaikkan dan faedah yang akan mereka terima dari tindakan mereka itu.


Pendaftaran dengan Monsun Online Market adalah PERCUMA. Ianya semudah ABC. Dapatkan Online shop milik anda sendiri dengan klik disini.


Brought to you by:

No comments:

AlatPenjimatan.Com