" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!

Bandwidth Speed Test


Monsun Biz Oring Technologies Landlord 0146

My Previous Article Archieve

Sunday, June 15, 2008

Kaedah Mendapatkan Artikel Blog Terkini ke Desktop anda.

Anda suka membaca Blog. Tetapi adakalanya anda terlepas artikel-artikel penting dari blog-blog yang memang anda minati dan mempunyai pelbagai informasi dan juga tip-tip yang berguna. Bagaimana caranya untuk anda mendapatkan secara terus artikel-artikel terbaru dari blog-blog tersebut tanpa anda melawati laman Blog mereka?

Saya ada caranya. Tetapi kaedah dan teknik ini hanya sah bagi mereka yang menggunakan Operating System Windows Vista sahaja.


Kaedahnya:

Sebagai contoh, jika anda ingin mendapatkan artikel-artikel terkini dari Blog Monsun Landlord (http://monsun-landlord.blogspot.com). Maka anda hendaklah mendapatkan URL RSS Feeds laman blog tersebut. Untuk RSS Feeds Monsun Landlord adalah seperti berikut: http://feeds.feedburner.com/MonsunBlog

Untuk langkah yang kedua pula, anda dikehendaki memuat turun Aplikasi Feeds Reader untuk Side Bar Windows Vista. Untuk memuat turun aplikasi tersebut anda boleh klik disini.

Setelah anda selesai memuat turun aplikasi tersebut, anda boleh lah memasang (Install) aplikasi tersebut sejurus selepas itu.

Langkah yang ketiga pula anda dikehendaki melakukan sedikit konfigurasi terhadap aplikasi tersebut. Ianya adalah kerja yang mudah. Caranya anda dikehendaki klik pada ikon ini yang terdapat pada aplikasi tersebut ketika anda meletakkan mouse pointer anda kepada aplikasi itu.

Lihat gambar dibawah:

Setelah itu, masukkan nama blog yang ingin anda ikuti artikelnya (syndication). Contoh Monsun Landlord Blog. Dan masukkan URL RSS Feeds laman web Monsun Landlord pula. Copy and paste alamat URL RSS Feeds Monsun Landlord ini: http://feeds.feedburner.com/MonsunBlog kedalam "Feed URL:". Lihat contoh dibawah:

Langkah terakhir, anda hanya perlu klik pada "Add Feed". Dan...wallaa... sudah selesai. Klik sahaja pada nama Monsun Landlord diatas aplikasi tersebut dan Feeds Reader tersebut akan mula "fetching" segala artikel dari laman blog Monsun Landlord Blog. Lihat contoh artikel-artikel dari Monsun Landlord Blog dibawah:

Bermula dari itu, segala artikel terbaru dari Monsun Landlord Blog akan dikemas kini kedalam aplikasi Feeds Reader tersebut. Anda boleh menambah seberapa banyak artikel-artikel blog yang mempunyai RSS Feeds kedalam aplikasi ini.


Itu sahaja. Selamat mencuba.


Brought to you by:


No comments:

AlatPenjimatan.Com