" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!

Bandwidth Speed Test


Monsun Biz Oring Technologies Landlord 0146

My Previous Article Archieve

Saturday, June 21, 2008

PROMOSI, PROMOSI Dan PROMOSI










Ramai dan rata-rata Internet Marketer mengatakan bahawa pengiklanan dan mempromosi produk dan perniagaan adalah sangat penting dan merupakan salah satu dari agenda didalam perancangan perniagaan yang terpenting oleh mana-mana syarikat didunia. Malah Petronas, CELCOM, MAXIS, DiGi dan lain-lain syarikat gergasi yang telah terkenal dan syarikat yang kaya-raya juga masih menggunakan pengiklanan dan mempromosi produk-produk mereka samada di media cetak, television, radio dan juga internet sebagai alat sokongan untuk syarikat mereka terus menerajui setiap pasaran yang mereka terokai.

Oleh itu tiada sebab mengapa syarikat-syarikat kecil ataupun SMI (Small and Medium Industries) atau SME (Small and Medium Enterpreuner) mengabaikan kaedah pengiklanan untuk mereka terus kekal didalam skop pasaran yang sedang mereka terokai kini.

Seperti yang pernah saya tulis didalam artikel saya yang lepas, dimana promosi terletak pada kedudukan yang ke-4 dan kemungkinan juga ke-5 didalam proses dan juga model perniagaan internet. Jika kita mengikut proses:

  1. PS: Product / Service
  2. W: Website
  3. P: Payment System
  4. P: Promotion, promotion and promotion!

Oleh itu promosi terletak didalam kedudukan ke-4. Tetapi jika proses atau model perniagaan internet anda seperti:

  1. Setup your business.
  2. Target your market.
  3. Setup sales process
  4. Setup your website
  5. Do your promotion
  6. Maintain your biz

Maka jelas, promosi adalah berada dikedudukan ke-5.

Walau apapun proses dan model perniagaan internet anda, jangan sekali-kali mengabaikan elemen atau engine promosi didalam perniagaan anda. Bagi saya, elemen promosi adalah sama seperti minyak kereta. Jika anda membiarkan kereta anda bergerak sejauh yang mungkin tanpa mengisi minyak yang secukupnya, maka kereta anda akan berhenti jua disuatu destinasi dan sudah pasti anda tidak akan sampai ke destinasi yang hendak anda tujui. Begitu juga dengan elemen promosi didalam perniagaan kita, jika semakin lama anda membiarkan perniagaan anda tanpa sebarang pengiklanan atau promosi, maka perniagaan anda akan lama kelamaan semakin pudar dan seterusnya terpadam.

Jangan biarkan perniagaan anda pudar dan akhirnya terpadam atau terkubur begitu sahaja. Gunakan segala kekuatan yang anda ada untuk anda mengiklan dan mempromosikan perniagaan anda samada secara offline atau online di internet.


Apakah anda ingin memiliki kedai online (Online Shop) di internet yang beroperasi 24jam sehari 7 hari seminggu tanpa henti dan tanpa had? Jual, promosi, iklan dan melelong produk dan barangan perniagaan anda di Monsun adalah mudah, semudah ABC di Monsun. Dapatkan Online Shop milik anda sendiri dengan mendaftar di sini secara PERCUMA. Klik DISINI sekarang.



Brought to you by:

No comments:

AlatPenjimatan.Com