Terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh mereka yang ingin memulakan perniagaan di internet. Salah satu masalah yang paling utama adalah untuk mendapatkan barang untuk diniagakan dilot-lot atau laman web online store mereka. Bila kita mengatakan mengenai barang atau produk ianya melibatkan pelbagai perkara yang lain, seperti. Faktor harga adalah factor yang selalu menjadi dilemma oleh peniaga-peniaga di internet. Bagaimana untuk mendapatkan produk dengan harga yang betul untuk anda menjualnya dipasaran? Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai untuk mendapatkan produk dengan harga yang betul dipasaran. Salah satunya adalah dengan kaedah "Product Sourcing" atau "Mengambil Produk dari orang Tengah". Tetapi, ramai dikalangan peniaga di internet yang terperangkap dengan "orang tengah" atau "middleman" didalam rantaian pembekal produk atau "Product Supply Chain". Sehingga mereka terpaksa menjual dengan harga yang tinggi dari harga pasaran yang sebenar di internet. Rantaian pembekal produk adalah satu proses bagaimana sesuatu produk itu beredar bermula dari pengilang hinggalah kepada pengguna. Prosesnya adalah seperti berikut: Mungkin anda menyangkakan bahawa Wholesaler adalah orang tengah diantara anda dengan pengilang. Ini adalah tidak benar. Kedudukan Wholesaler yang berada pada kedudukan selepas Manufacturer adalah disebabkan sesuatu yang amat penting; kerana Manufacturer tidak mempunyai kemudahan untuk menjual barang dalam kuantiti yang sedikit kepada anda sebagai peniaga. Manakala Wholesaler mempunyai kemudahan tersebut, seperti tempat menyimpan barang, sistem tempahan, kenderaan untuk penghantaran, pengurusan akaun dan sebagainya. Oleh itu siapakah orang tengah yang sebenarnya? Sila lihat proses Rantaian Pembekal Produk dibawah: Maka jelaslah, bahawa orang tengah yang dimaksudkan disini adalah mereka yang berada diantara anda dengan Wholesaler. Oleh itu harga yang anda perolehi juga tinggi dari harga yang sepatutnya. Persoalannya, bagaimanakah untuk kita mengenal pasti wholesaler yang sebenarnya? Kerana yang paling penting bagi kita sebagai peniaga adalah harga barang yanga hendak kita niagakan itu tidak terlalu tinggi dan harga yang "competitive" dipasaran. Jika tidak, memang tiada siapa yang akan datang membeli produk atau barang-barang yang anda tawarkan dilot-lot atau Online Shop anda. Kita mesti faham, bahawa menjual di internet, mestilah dengan harga yang lebih murah. Harga tersebut mestilah lebih murah dari harga yang terdapat dikedai-kedai. Kerana kita tidak memerlukan kedai untuk disewa atau dibeli dengan harga yang tinggi. Harga serendah RM50.00 sebulan setiap satu lot online shop di Monsun Online Market adalah harga yang terendah untuk disewa di internet. Ramai peniaga di internet yang tidak faham dengan perkara ini. Oleh itu apakah kesannya kepada anda sebagai peniaga? Sudah pasti, ianya amat menyakitkan hati. Kerana harga yang anda jual tidak mendapat pulangan (Profit Margin) yang sepatutnya. Lebih teruk dari itu apabila tiada sesiapa yang hendak membeli produk tersebut di lot-lot online shop anda. Oleh itu anda perlu mencari Wholesaler yang betul. Barulah paras keuntungan yang anda perolehi adalah pada paras yang selesa.
" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!
Somebody Sells Something....
at a Profit!
Bandwidth Speed Test
My Previous Article Archieve
Friday, July 4, 2008
Kaedah Meningkatkan Paras Keuntungan
Labels:
ORING Tech
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment