" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!

Bandwidth Speed Test


Monsun Biz Oring Technologies Landlord 0146

My Previous Article Archieve

Tuesday, June 10, 2008

Harga Minyak Yang Naik Menggila! Apa maksud semuanya ini?

Maksudnya, tiada lain. Melainkan kita semua terpaksa mengubah cara kita berbelanja. Kalau sebelum ini, kita pergi kekedai-kedai atau kepasar-pasar dan juga pasaraya-pasaraya untuk membeli belah, membeli itu dan ini sewenang-wenangnya, tetapi kita tidak lagi. Kita terpaksa mengubah cara kita berbelanja. Berbelanja secara berkhemah. Hanya membeli keperluan yang perlu sahaja.

Malah baru-baru ini Tenaga Nasional juga mengumumkan kenaikkan tarif elektrik. Ini juga membuatkan ramai yang pening kepala. Jangan sampai ada yang bergelap sudah la... Tetapi anda tidak perlu pening kepala lagi dengan adanya alat penjimat elektrik kini. Hanya klik disini saya akan membawa anda kelaman web alat penjimatan elektrik berikut. Atau klik pada banner dibawah:

Bukan sahaja berbelanja dan penggunaan tenaga elektrik perlu digunakan secara berkhemah, malah cara kita menggunakan minyak kenderaan samada motor, kereta, pickup atau MPV, juga perlu mendapat perhatian yang sama. Ini berikutan kerajaan mengumumkan kenaikkan harga minyak yang amat luar biasa pada 6 Jun 2008 yang lepas, iaitu kenaikkan sebanyak 0.78 sen seliter! Rakyat merasakan seolah-olah sudah jatuh di timpa tangga!

Ada diantara rakan-rakan saya yang menggunakan pelbagai alat-alat atau gadget penjimat minyak untuk kenderaan mereka. Tidak cukup dengan MAG SAVER, ditambah lagi dengan STROMBERG, I-Charger dan lain-lain dalam sebuah kereta sahaja. Semuanya menjanjikan penjimatan minyak 10% hingga kepada 30%. Saya juga ada menggunakan salah satu dari alatan penjimat minyak tersebut. Kini saya terfikir juga untuk menambah lagi alatan penjimat minyak yang lain pula pada kenderaan saya. Saya teringat, anak saya berkata kepada saya semasa saya memasang alat penjimat minyak. Ketika itu saya sedang berbicara dengan salah seorang juru jual produk tersebut. Ketika itu kami sedang berbicara mengenai peratus pengurangan minyak yang mampu dinikmati dari penggunaan alat tersebut. Juru jual tersebut berkata kepada saya bahawa dengan 1 set alat tersebut sahaja mampu memberikan penjimatan minyak dari 10% hingga kepada 30%. Tiba-tiba anak saya menyampuk dengan berkata kepada saya, “Kalau maca gitu ayah, ayah pakailah banyak-banyak alat tu, nanti minyak boleh dapat FREE.” Kami ketawa berdekah-dekah mendengar celoteh anak saya itu. Saya berkata semula kepada anak saya “kalau pakai banyak-banyak memang dapat minyak FREE, sebab kereta tidak lagi boleh bergerak”. Haii...Entahlah... Macam-macam budak-budak sekarang.

Walau apapun, kenaikkan harga minyak pasti akan memberi impak kepada harga barang-barang makanan dan juga barang-barang yang lain. Malah harga tambang bagi kenderaan awam juga pasti akan meningkat. Pelbagai usaha dan cadangan telah di usulkan oleh kerajaan. Baru-baru ini, saya terbaca diakhbar Sinar Harian, yang bertajuk “Hapus cukai jalan: MCA”. Macam-macam... Ada juga menteri yang berkata, sepatutnya kerajaan mengatur rancangan dan juga apa jua usaha sebelum minyak dinaikkan, bukan selepas minyak dinaikkan.

Saya fikir kini tiba masanya kita pula mengubah cara dan kaedah kita berbelanja dan menggunakan kenderaan. Kalau dulu kita keluar kepasar-pasar dan juga pasaraya-pasaraya untuk membeli belah, kini kita perlu berbelanja di internet sahaja. Tidak perlu lagi keluar menggunakan minyak. Malah dengan cara ini, kita berbelanja juga lebih berkhemah. Walaupun bukan semua yang boleh kita beli melalui internet, tetapi masih terdapat banyak barang-barang yang boleh kita dapati di internet. Itu lebih baik.

Dan saya amat percaya, suatu masa nanti (one sweet day)... orang tidak lagi keluar untuk membeli-belah, semuanya dibeli dan di pesan melalui internet sahaja. Pada ketika itu, umat manusia hanya keluar rumah untuk bersiar-siar dan membawa keluarga melancung sahaja ataupun untuk pergi kerja (itu pun kerja-kerja berat sahaja yang tidak boleh dilakukan dirumah melalui talian internet atau apa sahaja teknologi yang ada secara kawalan jauh). Tiada lagi dalam kamus mereka ketika itu membeli-belah diluar. Mereka pasti akan merasa pelik jika ada yang keluar untuk membelilah diluar. Bagi mereka, itu adalah satu pembaziran!

Maka saranan saya, mulakan internet business anda sekarang! Buka satu Online Shop anda. Anda boleh mendapatkan satu lot Online Shop yang murah seperti Monsun Online Market dengan melawati laman webnya dengan klik disini. Pendaftaran adalah PERCUMA. Anda hanya perlu membayar dengan kadar serendah RM50.00 sebulan dan anda boleh berniaga dengan satu lot Online Shop anda itu selama sebulan! Pelbagai kaedah pembayaran yang boleh anda gunakan. Samada menerima pembayaran melalui Credit Card, POSPay, Online banking, Cash (Tunai) dan banyak lagi.

Bertindaklah dengan cepat dan bijak sekarang!


Brough to you by:

No comments:

AlatPenjimatan.Com