" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!

Bandwidth Speed Test


Monsun Biz Oring Technologies Landlord 0146

My Previous Article Archieve

Thursday, April 24, 2008

Sambungan Kepada Kaedah atau Teknik Menganalisa "Market Trend"

Artikel kali ini adalah sambungan kepada kaedah menganalisa market trend sesuatu produk sebelum ini.

Ada yang mengatakan kepada saya, bahawa untuk melakukan analisa lagi 2 hingga 3 bulan keatas market trend sesuatu produk adalah terlalu lama.

Memang benar. Untuk menunggu 1 bulan lagi pun, terasa seperti setahun. Tetapi ianya tetap praktikal dan lebih genuine atau asli.

Walau bagaimanapun, kita masih boleh mendapatkan data-data tahun lepas untuk kita menganalisa sesuatu keywords untuk kita melihat permintaan bagi sesuatu produk yang kita ingin lihat .

Baiklah, saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh melihat market trend sesuatu produk dengan lebih cepat agar anda mampu membuat keputusan dengan pantas dan bijak.

Kita akan menggunakan perkakasan yang sama juga, iaitu Google Keywords Tool. Andaikan kita ingin menjual produk terpakai seperti baju terpakai, kasut terpakai, seluar terpakai dan pelbagai-bagai lagi produk terpakai yang boleh kita jual di internet. Atau dengan kata yang lebih popular, iaitu baju-baju bundle.

Dalam kes ini kita gunakan keywords atau “used clothes” untuk kita masukkan kedalam Google Keywords Tool kita. Hasil dari analisa dari tool tersebut Google Keywords Tool akan memaparkan keputusan seperti dibawah:

Tetapi gambar rajah diatas masih sama dengan apa yang telah kita ketahui dahulu. Apa yang kita inginkan sekarang adalah hasil analisa pada tahun Dec 2006 sehingga Nov 2007 yang lepas untuk kita melihat bagaimana trend “used clothes” sepanjang tempoh tersebut. Untuk mendapatkan hasilnya, anda perlu memilih “Choose Columns to display”. Sebagai contoh lihat gambar dibawah:

Dari gambar diatas anda akan dapat melihat paparan trend statistic bagi keyword “used clothes” berlainan sedikit dari sebelumnya. Ianya akan menunjukkan kepada anda graph “Search Volume Trend” (Dec 2006 – Nov 2007). Sila rujuk pada gambar dibawah:

Tetapi bagaimana kita hendak menganalisa data yang dipaparkan oleh Google Keywords Tool itu? Terima kasih kepada Google Keywords Tool, kerana mereka memberi kita peluang untuk menganalisa data-data yang diberi mengikut kehendak kita dengan menggunakan Microsoft Excel.

Caranya adalah dengan mengimport data tersebut kedalam Microsoft Excel. Untuk berbuat begitu anda hendaklah klik pada perkataan “csv (for excel)” seperti yang ditunjukkan didalam gambar dibawah. Anda hanya perlu “save” document file tersebut.

Hasil yang saya perolehi setelah memindahkan data tersebut kedalam Microsoft Excel saya memperolehi keputusan seperti dibawah:

Anda boleh mempelbagaikan analisa anda, samada dengan menggunakan graph didalam Microsoft Excel, melihat jumlah secara purata atau average, Minimum dan Maximum. Lihat seperti gambar dibawah.

Anda juga boleh filter keywords (teknik yang paling saya minati) atau pun anda mungkin berminat untuk melihat nombor-nombor tertentu seperti keywords yang manakah yang kurang pesaingan tetapi mempunyai banyak permintaan, pada bulan berapakah yang paling ramai pelayar internet menggunakan keywords tersebut dan sebagainya. Semuanya anda boleh lakukan dengan menggunakan teknik “Data filtering” yang boleh anda gunakan didalam Microsoft Excel.

Apakah anda pernah melihat gelombang bunyi? Contoh gelombang bunyi jika dirakamkan didalam sound recorder dan dipindahkan kedalam bentuk graph, anda akan dapati bentuknya adalah seperti gambar dibawah:


Keywords sesuatu permintaan didalam internet juga mempunyai gelombang yang sama dengan gelombang bunyi. Sebagai contoh cuba anda lihat graph yang telah saya plotkan dengan menggunakan Microsoft Excel dari keywords "Used Clothes" dibawah:

Semakin kuat seseorang itu menjerit maka semakin tinggilah gelombang bunyi tersebut. Jika semakin ramai orang yang menggunakan keywords-keywords tertentu maka semakin tinggilah graph keywords tersebut. Bukankah berbeza gelombang bunyi bagi orang yang meminta tolong dengan gelombang bunyi orang yang sedang berbisik dan menyanyi?

Selamat mencuba.


Brought to you by:

No comments:

AlatPenjimatan.Com