" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!

Bandwidth Speed Test


Monsun Biz Oring Technologies Landlord 0146

My Previous Article Archieve

Thursday, April 24, 2008

Landlord MONSUN Online Market

Apakhabar semua rakan-rakan yang setia dengan blog Monsun Landlord ini? Terima kasih diatas sokongan anda semua selama ini. Dan tidak lupa juga kepada mereka yang berada di Ipoh, kerana saya dapati ramai pelayar yang berkunjung kelaman blog ini datang dari Ipoh. Terima kasih.

Saya benar-benar rasa terpanggil untuk menceritakan serba sedikit mengenai produk Landlord Monsun yang telah dilancarkan oleh Syarikat MIRSB (Mobile Income Resources Sdn Bhd). Ini adalah disebabkan Pakej Landlord Monsun ini telah diketahui umum dan juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh masyarakat di Malaysia. Tetapi masih ada lagi yang tertanya-tanya, apakah Landlord Monsun itu?

Apakah Landlord Monsun? Perkataan Landlord Monsun adalah nama bagi salah satu pakej yang dijual oleh syarikat MIRSB. Didalam pakej tersebut anda akan diberi tiga jenis perniagaan, iaitu:

1. Monsun Online Market.

2. I-Gomobile

3. Gateway2020.

Setiap dari jenis perniagaan itu tadi anda boleh menjana pendapatan melaluinya. Sebagai contoh:

  1. Monsun Online Market – Dimana anda akan diberikan 20,000 lot untuk disewakan dengan harga RM50.00 sebulan kepada orang ramai samada didalam Malaysia ataupun diseluruh dunia yang ingin menjual produk mereka dilaman web Monsun-Biz.com. Konsep perniagaan di laman web tersebut adalah sama dengan konsep yang dibawakan oleh ebay.com dan juga lelong.com.my. Untuk anda melihat bagaimana laman web Monsun Online Market tersebut anda boleh klik disini. Atau alamat laman webnya adalah: http://monsun-biz.com. Monsun Online Market mempunyai kelebihan yang tersendiri, seperti kaedah pembayaran yang pelbagai, iaitu lebih 14 jenis kaedah pembayaran. Ini bermakna tiada sebab untuk orang dari seluruh dunia tidak boleh menjalankan perniagaan mereka di Monsun Online Market. Diantara jenis-jenis pembayaran itu adalah:

    1. Authorize.Net SIM
    2. Authorize.Net AIM
    3. Credit Card - Master Card and Visa
    4. Cash On Delivery
    5. Link Point API
    6. Mobile88 (Pembayaran di Malaysia)

i. Credit Card – Master Card and Visa

ii. Internet Banking – Maybank2U, CIMB Clicks, Hong Leong Bank, Alliance Online, RHB Bank, Bank Islam, AM Bank Group, PB eBank.com

iii. Inter Bank GIRO

iv. E-Wallet – POSpay, Webcash, Mobile Money

    1. Cheque / Money Order.
    2. PayPal IPN
    3. PayPal Express Chekout

Selain dari itu perniagaan Monsun Online Market ini juga menyediakan perkhidmatan membida atau “Bidding”. Atau dikenali sebagai Auction seperti eBay dan juga Lelong. Tetapi kelebihan Monsun Online Market pula adalah jenis keputusan yang boleh diambil oleh para peniaga produk disitu iaitu:

a. Sell

b. Buy Now

c. Sell and Buy Now.

Anda boleh bayangkan jika kesemua 20,000 lot-lot anda itu habis terjual, maka secara matematiknya anda akan memperolehi RM1,000,000.00. Itu adalah anggaran pendapatan yang boleh anda perolehi.

Sebagai contoh salah satu dari laman web Landlord yang telah ada didalam Monsun Online Market, anda boleh klik disini.

  1. I-Gomobile – Ini adalah satu perniagaan yang menggunakan Short Message System atau SMS sebagai satu medium perkhidmatan yang akan mengenakan “charge” setiap SMS kepada setiap orang yang melanggan dengan perkhidmatan SMS tersebut yang di sokong oleh Everworks. Diantara syarikat TELCO yang akan menyokong perkhidmatan ini adalah MAXIS, CELCOM dan juga DiGi. Terdapat 11 jenis perniagaan yang boleh dijanakan dari I-Gomobile seperti:

    1. SMS Gaming Result System
    2. SMS Horoscope System
    3. SMS Voting / Survey Service
    4. SMS Info Broadcaster
    5. SMS Business Leads General
    6. SMS Document “On-The-Fly”
    7. SMS Solat Time System
    8. SMS Contest Business
    9. SMS Subscription Manager
    10. SMS Call Center Manager
    11. SMS Info “On-Demand”

Setiap dari perkhidmatan tersebut, anda boleh set kan harga yang sesuai dengan perkhidmatan yang hendak anda berikan kepada pelanggan yang melanggan perkhidmatan SMS anda itu. Kesemua konfigurasi akan dilakukan sendiri oleh anda didalam laman web yang telah disediakan.

  1. Gateway 2020 – Perniagaan ini adalah perniagaan yang berkonsepkan Online Store. Dimana anda akan diberikan sebuah laman web Online Store milik anda sendiri. Sebagai contoh Online Store yang telah beroperasi ketika ini adalah dari syarikat JZ Traiding Sdn Bhd. Anda boleh klik disini untuk anda terus pergi ke Online Store mereka.
Anda juga boleh memilih satu nama Domain yang sesuai dengan laman web Online Store anda itu. Domain itu akan diberikan secara percuma. Pihak MIRSB akan menyediakan dua jenis standard template yang boleh anda gunakan terus untuk menjual pelbagai produk didalamnya. Bukan itu sahaja, malah anda juga disediakan dengan payment gateway yang lengkap dengan Shopping Chart milik anda sendiri. Salah satu Payment Gateway yang disediakan dikendalikan oleh Mobile 88. Mobile 88 adalah anak syarikat kepada MEPS. Terdapat lebih 14 jenis pembayaran lain yang boleh dilakukan oleh pembeli iaitu:

    1. Authorize.Net SIM
    2. Authorize.Net AIM
    3. Credit Card - Master Card and Visa
    4. Cash On Delivery
    5. Link Point API
    6. Mobile88 (Pembayaran di Malaysia)

i. Credit Card – Master Card and Visa

ii. Internet Banking – Maybank2U, CIMB Clicks, Hong Leong Bank, Alliance Online, RHB Bank, Bank Islam, AM Bank Group, PB eBank.com

iii. Inter Bank GIRO

iv. E-Wallet – POSpay, Webcash, Mobile Money

    1. Cheque / Money Order.
    2. PayPal IPN
    3. PayPal Express Chekout

Malah, anda juga boleh menyewakan Online Store anda kepada sesiapa sahaja yang ingin menjual produk-produk mereka di internet. Ataupun anda hanya mengambil beberapa peratus dari setiap transaksi yang diperolehi oleh mereka yang berniaga di Online Store anda itu dari setiap produk mereka yang terjual.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pakej Landlord Monsun ini, anda boleh menghubungi pihak MIRSB sendiri atau melalui ejen-ejen yang telah mereka lantik.

Walau bagaimanapun, saya mencadangkan kepada anda yang berminat untuk memiliki pakej ini agar anda haruslah mempunyai syarat-syarat berikut:

    1. Telah biasa dengan perniagaan yang berkonsepkan online store di internet.
    2. Telah biasa dan faham dengan proses-proses Online Auction seperti ebay dan juga Lelong.
    3. Tahu dan mahir berkomunikasi didalam internet secara maya, seperti menggunakan Email, bergaul didalam forum-forum di internet, chat room dan juga Blog.
    4. Mempunyai kemahiran sedikit didalam bidang computer, seperti melakukan konfigurasi secara asas.
    5. Dan yang paling penting adalah, anda benar-benar faham apakah maksud setiap satu dari perniagaan itu, seperti:

i. Peluang yang ada dari setiap perniagaan tersebut?

ii. Bagimanakah trend perniagaan-perniagaan itu ketika ini. Adakah ianya mendapat sambutan ramai? Atau adakah popularitinya semakin menurun?

iii. Bagaimana dengan pesaing-pesaing anda yang ada ketika ini? Bagaimanakah mereka melakukannya?

iv. Siapakah pelanggan anda yang berpotensi?

v. Dimanakah pelanggan-pelanggan anda itu?

vi. Bagaimanakah pelan pemasaran bagi setiap satu dari perniagaan tersebut?

vii. Bagaimanakah pelan perniagaan nya?

Yang pastinya, ambil sedikit masa dan lakukan sedikit penyelidikan dan analisa anda sendiri. Ini bagi memastikan anda benar-benar sesuai dengan apa yang akan anda lakukan kelak.

Walau bagaimanapun, pihak MIRSB akan menyediakan latihan kursus untuk anda melakukan konfigurasi dan bagaimana menggunakan setiap satu perniagaan online tersebut. Kursus tersebut adalah kursus teknikal sahaja. Di ingatkan, ianya bukan kursus untuk anda memahami apakah perniagaan itu seperti yang saya senaraikan diatas tadi. Kursus tersebut adalah kursus yang benar-benar teknikal. Jika anda ingin memahami bagaimana perniagaan tersebut boleh dipasarkan, itu bukan kursusnya. Mereka tidak akan beritahu anda apa-apa mengenai kaedah pemasaran dan apa itu pakej Landlord Monsun. Semuanya terserah kepada anda. Mereka akan hanya mengajar bagaimana anda hendak melakukan konfigurasi terhadap produk I-Gomobile, Monsun Online Market dan juga Gateway2020.

Selamat Mencuba.

Brought to you by:

No comments:

AlatPenjimatan.Com