" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!

Bandwidth Speed Test


Monsun Biz Oring Technologies Landlord 0146

My Previous Article Archieve

Saturday, April 19, 2008

Bagaimanakah Caranya Untuk Mengetahui "Market Trend" Sesuatu Produk Di internet?

Okay sebelum ni kita telah pun mengetahui beberapa perkara penting seperti:

  1. Apakah jenis-jenis atau kategori produk dan perkhidmatan yang kita boleh jual di internet dan
  2. Bagaimana mencari maklumat mengenai popularity sesuatu produk di internet dan…
  3. Beserta dengan beberapa tools yang boleh kita gunakan secara percuma untuk tujuan tersebut.

Tetapi artikel kali ini saya ingin melanjutkan sedikit mengenai perkara ini yang ada bersangkutan dengan “Market Trend” atau suasana atau keadaan pasaran sesuatu produk.

Dengan mengetahui atau mengenal pasti permintaan sahaja tidak mencukupi. Kita masih ada lagi persolan yang bermain-main diminda.

Diantara persoalan mengenai market trend yang harus kita ambil kira adalah:

  1. Bagaimana market trend sesuatu produk atau permintaan tersebut?
  • Adakah ianya akan sentiasa bertambah jumlah permintaanya mengikut masa?
  • Atau apakah permintaan itu menurun mengikut masa?
  • Dan juga, apakah permintaan tersebut berada didalam keadaan malar atau static sahaja mengikut masa tanpa penambahan ataupun penurunan?
  • Jika permintaannya static, berapa pula jumlahnya?
Contoh Graph Product Life Cycle:


  1. Siapakah pelanggan kita?
  1. Dimanakah mereka-mereka ini selalu berada didalam komuniti internet?
    1. Didalam forum-forum?
    2. Di Blog yang manakah mereka selalu kunjungi?
    3. Newspaper online yang manakah yang mereka selalu lawati?
  2. Berapakah yang mereka sanggup bayar kepada produk atau perkhidmatan yang kita sediakan?
  3. Dan tidak lupa juga; Siapakah pesaing kita?

Adalah amat penting bagi kita untuk membuat sedikit analisa mengenai market trend sesuatu produk. Mengapa ianya penting? Kerana dengan mengetahui market trend sesuatu produk yang kita ingin niagakan didalam internet ianya mestilah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dengan itu perniagaan kita akan lebih terjamin masa depannya dan ianya menjanjikan keuntungan untuk jangka masa panjang.

Tiada jalan mudah untuk kita berjaya, melainkan kita memberikan masa yang secukupnya untuk kita benar-benar mengetahui market trend sesuatu produk. Kaedahnya adalah dengan menggunakan data-data yang kita ada untuk dianalisa. Tetapi ramai yang fobia dengan perkataan “Analisa”. Bagi mereka ianya amat sukar difahami. Perlu belajar tinggi-tinggi untuk mengetahui bagaimana untuk melakukan analisa. Dan tidak kurang juga yang mengatakan ianya hanya membuang masa. Bagi mereka, tiada masa untuk melakukannya.

Bagi saya untuk menggunakan kaedah menganalisa tidak perlu belajar tinggi-tinggi. Kita bukan nak jadi master atau pakar dalam bidang ini. Kita hanya perlu melakukannya dalam scope atau dalam ruang yang kecil sahaja. Mungkin pada mulanya, ianya agak sukar, tetapi bila kita selalu bermain-main dengan kaedah ini, ianya akan menjadi semakin mudah dan menyeronokkan. Mengapa tidak? Sudah pasti kita akan lebih seronok jika kita bernar-benar confidence atau yakin dengan apa yang hendak kita lakukan. Itu tujuannya analisa dilakukan.

Baiklah, kita lihat persoalan yang pertama dahulu. Iaitu “Bagaimana untuk mendapatkan Market Trend sesuatu produk atau perminataan?”

Sebagai contoh, Katakan kita ingin berniaga Peta Malaysia di internet, dan kita gunakan Malaysia Map sebagai keywords. Kenapa saya ambil contoh Malaysia Map? Kerana produk ini adalah salah satu produk paling hangat permintaannya yang pernah diniagakan oleh Irfan Khairi di internet suatu masa dahulu. Dan beliau sendiri pernah mengatakan bahawa produk ini adalah salah satu produk yang membawa kejayaan beliau didalam perniagaan internet sehingga menjadi seorang jutawan.

Saya akan gunakan Google Keywords Tool untuk mendapatkan maklumat mengenai permintaan produk dan informasi ini. Mari sama-sama kita lihat hasilnya.

Baiklah. Setelah saya olah keyword “Malaysia Map” dan menganalisa keyword tersebut, hasilnya adalah seperti dibawah:

Tetapi data diatas kita tidak nampak jumlah sebenar. Setelah data diatas dianalisa dengan menggunakan Microsoft Excel, saya dapati :

Untuk pengetahuan anda, maksud perkataan:

  1. Advertiser Competition: Peniaga internet yang menggunakan keywords tertentu didalam setiap pengiklanan mereka didalam Google Adsense.
  2. Search Volume: March : Bermaksud trend penggunaan keywords tertentu yang telah digunakan oleh pelayar internet pada bulan March yang lepas.
  3. Avg. Search Volume: Bermaksud trend penggunaan keywords tertentu secara puratanya sepanjang tahun ini.

Dengan peratusan 73% pada column Advertiser Competition bagi kedua-dua keywords diatas ini bermaksud persaingannya adalah tinggi. Kebanyakan pesaing anda telah menggunakan keyword “ Malaysia Map” untuk menarik perhatian pelayar internet yang mencari produk ini di Search Engine dan juga didalam pengiklanan Google Adsense kelaman web mereka. Manakala permintaan atau penggunaan untuk keywords itu di search engine pada bulan March juga agak baik iaitu sekitar 33% sehingga 40%. Dan juga penggunaan keywords ini di search Engine Google secara puratanya adalah sebanyak 33% hingga kepada 40%. Ianya satu jumlah yang agak baik juga.

Oleh itu persoalannya, apakah sesuai untuk kita menjual produk tersebut di internet sekarang ini? Jika kita lihat data diatas, saya nasihatkan anda jangan menjual peta Malaysia atau Map of Malaysia. Atau menggunakan keywords diatas didalam pengiklanan anda didalam Google Adwords. Kerana jelas menunjukkan anda mempunyai pesaingan yang sengit. Andaikan kita hanya mempunyai keupayaan untuk menjual peta sahaja. Tiada produk lain yang boleh kita jual di internet, kerana ianya satu-satunya kemahiran atau minat yang kita ada. Persoalannya, apakah kita tidak boleh menjual produk tersebut? Dari data diatas sahaja belum cukup untuk kita menjawap persoalan tersebut.

Tetapi setelah saya menganalisa lagi data diatas pula, saya menjumpai hasil berikut:

Cuba anda lihat betul-betul data diatas. Anda akan dapati bahawa Tiada orang yang menggunakan keywords diatas didalam pengiklanan Google Adwords mereka. Manakala penggunaan keywords tersebut oleh pelayar internet pada bulan March yang lepas adalah 0%. Tetapi permintaannya secara purata sepanjang tahun ini adalah sebanyak 26% keseluruhannya.

Ini menunjukkan bahawa kita masih lagi boleh menjual Peta Malaysia. Tetapi dengan syarat kita menjual produk-produk yang khusus atau “niche” sahaja seperti keywords didalam jadual diatas. Contoh produk peta yang boleh kita jual adalah:

  1. johor malaysia map
  2. klang malaysia map
  3. langkawi malaysia map
  4. penang malaysia map
  5. sabah malaysia map
  6. selangor malaysia map
  7. singapore and malaysia map

Jika anda ingin menjual peta-peta niche seperti diatas, anda tidak mempunyai pesaingan yang hebat. Kerana saya dapati bahawa tiada peniaga di internet yang menjual produk mereka menggunakan keywords diatas tadi.

Manakala pelayar-pelayar internet yang menggunakan keywords diatas didalam search Engine Google juga ramai. Seolah-olah pelayar-pelayar internet ini ingin mencari hanya peta-peta tersebut sahaja. Kebanyakan big-big company yang menjual peta lebih suka menggunakan keywords seperti Malaysia Map atau Map of Malaysia sahaja didalam laman web dan pengiklanan Google Adsense mereka. Tiada yang menggunakan keywords seperti diatas.

Oleh itu inilah peluang anda jika anda boleh menyediakan salah satu dari peta-peta diatas didalam laman web perniagaan anda. Tetapi anda mesti ingat bahawa pada pada bulan yang lepas (March) Google tidak mempunyai rekod pelayar internet yang mencari produk seperti ini (-100%). Ini juga risiko. Jika anda ingin melihat lagi market trend untuk penggunaan keywords ini, anda boleh membuat analisa selama 2 atau 3 bulan lagi. Untuk pengetahuan anda, data-data diatas selalu berubah-ubah setiap bulan. Tetapi produk ini tetap mempunyai permintaan, dimana secara puratanya adalah 26% dengan penggunaan keywords seperti diatas. Jumlah 26% itu adalah juga tinggi. Jika benar-benar anda mendapat kesemua pelanggan dari Google sebanyak 26%, Wow! Memang hebat! Itu anda boleh bayangkan sendiri. Kerana Google juga adalah diantara Search Engine yang terbaik di internet. Mengikut perangkaan dari Alexa, Laman web Search Engine Google berada didalam kedudukan nombor 4 di internet ketika ini. Manakala Yahoo! Pula adalah No1.

Walau bagaimanapun, saya tidak menjanjikan kepada anda bulan, bintang dan matahari. Ianya hanya analisa dan perhitungan secara matematik sahaja. Kenyataannya terpulang kepada rezeki anda. Walau apapun kita mestilah kembali kepada asas dengan mengunakan prinsip DUIT, iaitu Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal.

Tetapi yang paling penting adalah, dengan menggunakan kaedah analisa sebegini, sekurang-kurangnya kita tahu dan dapat melihat market trend sesuatu produk. Tidak lah kita membuat sesuatu secara membuta tuli.

Selamat mencuba.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"MONSUN adalah sebuah laman web perniagaan yang lengkap untuk anda terus memulakan perniagaan anda di Internet."

Brought to you by:

No comments:

AlatPenjimatan.Com