Kita telah pun mengetahui sebelum ini, didalam pakej Landlord Monsun, terdapat 3 jenis produk perniagaan yang boleh anda menjana pendapatan melaluinya. Seperti I-Gomobile, Gateway2020 dan juga Landlord Monsun. Dan kita juga telah pun mengetahui jenis-jenis perniagaan setiap dari produk-produk tersebut.
Jika kita lihat ketiga-tiga produk itu, hanya terdapat satu sahaja produk perniagaan yang tiada kaitan dengan perniagaan Internet. Ya, saya juga bersetuju dengan anda. Hanya terdapat satu sahaja produk perniagaan yang bukan perniagaan berasaskan internet. Iaitu produk perniagaan I-Gomobile. Sememangnya I-Gomobile adalah perkhidmatan SMS atau "Short Message System" yang biasa kita gunakan didalam Handphone. Kebiasaannya ramai diantara mereka-mereka yang menyediakan perkhidmatan SMS akan mengiklankan perkhidmatan mereka didalam suratkhabar, majalah-majalah dan akhbar tabloid.
Tetapi anda jangan lupa, bahawa terdapat juga komponen-komponen perniagaan yang terdapat didalam produk I-Gomobile boleh anda niagakan didalam Internet. Secara PERCUMA. Sebagai contoh SMS Document “On-The-Fly”. Anda tidak perlu mengiklankan perkhidmatan tersebut didalam akhbar-akhbar atau majalah tabloid atau dengan menggunakan fliers seperti kebanyakan mereka yang menjual perkhidmatan SMS lakukan. Anda boleh niagakan perkhidmatan tersebut melalui internet. Bagaimana caranya?
Anda boleh lakukan, seperti mana yang saya lakukan ketika ini. Blog saya ini adalah blog percuma. (Terima kasih Google). Didalam Blog ini, jika anda lihat ruang kolum disebelah kiri, ada saya letakkan iklan ebook saya yang bertajuk "Create Your Own E-book Without Ever Writing A Word!". dengan menggunakan perkhidmatan SMS Document “On-The-Fly”.
Anda juga boleh melakukannya. Bukan sahaja didalam Blog anda, tetapi juga anda boleh mengiklankannya didalam laman web milik anda sendiri. Jika anda hendak mengiklankannya secara percuma, terdapat banyak ruang-ruang iklan atau laman web iklan percuma didalam internet ini yang boleh anda gunakan sebagai platform pemasaran anda.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment