Okay…sabar….sabar..satu-satu saya akan
Kita jawap pertanyaan yang pertama dahulu. Iaitu:
Jika kita terjemahkan perkataan “Keywords” didalam bahasa melayu, ianya bererti “Kata Kunci”. Sebagai contoh; Apabila kita hendak mencari sesuatu maklumat didalam Internet, kita akan masukkan satu atau dua perkataan didalam enjin pencarian atau Search Engine seperti Google ataupun Yahoo!. Sebagai satu contoh, katakan saya hendak mencari informasi mengenai Online Market di internet. Maka saya akan menaip perkataan “online market” didalam enjin pencarian seperti Google ataupun Yahoo! Oleh itu perkataan“online market” yang saya gunakan itulah dipanggil sebagai kata kunci atau “keywords”. Lihat gambar dibawah:
Maka hasil pencarian saya dengan menggunakan keywords “online market” didalam search engine Google adalah seperti gambar dibawah:
Okay sekarang kita dah faham sikit apa itu keywords atau kata kunci secara asasnya.
Sekarang kita jawap pula soalan yang kedua:
2. Apa gunanya “keywords”?
Oleh kerana kita telah pun mengetahui apa itu keywords, seperti yang saya katakan diatas, maka jelaslah disini bahawa keywords digunakan oleh seseorang pelayar internet untuk mereka mencari sebarang informasi yang mereka perlukan atau inginkan didalam internet melalui Search Engine.
Baik….kita lihat perkataan “mereka” dan juga “pelayar internet”. Mereka ini atau pelayar internet ini adalah berjumlah ratusan billion umat manusia diseluruh dunia yang menggunakan pelbagai-bagai keywords didalam enjin pencarian di internet.
Sebagai seorang interpreuner; yang menjual produk-produk di internet, mereka benar-benar mengambil berat mengenai “keywords” ini. Kerana….dari keywords lah, interpreuner akan tahu apa yang manusia didalam dunia internet ini cari dan inginkan.
Dengan “teknik mengenal pasti keywords” didalam internet ini, interpeuner akan menyediakan apa sahaja produk yang paling ramai community internet gunakan dan inginkan..
Jika kita andaikan ada seorang manusia didalam dunia ini yang dapat mendengar apa sahaja yang manusia lain bicarakan sesama mereka dan juga keinginan seluruh umat manusia sudah tentu orang tersebut akan jadi kaya raya. Sudah tentu itu adalah mustahil! Tetapi didalam internet ianya suatu yang memungkinkan! It is possible! Apa caranya? Dengan cara menganalisa “keywords” di enjin pencarian. Kerana disanalah kita akan tahu apakah keywords atau perkataan kata kunci yang berulang-ulang yang manusia ingin dan cari di internet. Jika lagi banyak keywords tersebut digunakan, itu bermakna permintaan mengenai sesuatu informasi atau produk itu sangat popular di internet. Kalau dah tahu apa yang manusia cari dan inginkan didalam internet, maka kita sediakan sahaja produk atau informasi tersebut. Jangan tak cukup kaki dan tangan sudah lah....
Okay kita lihat soalan yang ketiga pula:
3. Pentingkah untuk kita sebagai interpreuner mengetahui “keywords”?Terpulanglah kepada anda. Jika anda telah mempunyai produk yang memang orang ramai inginkan di internet dan produk anda itu sentiasa ada permintaan tanpa henti, bagi saya itu sudah memadai untuk anda berjaya sebagai seorang interpreuner. Bukan sahaja berjaya, anda pasti seorang jutawan.
Tetapi bagi kita yang tidak tahu apa yang hendak dijual diinternet, produk apakah yang mendapat sambutan hangat di internet, produk apakah yang paling ramai manusia cari di internet, maka kita memerlukan informasi dan menganalisa “keywords” untuk mengenal pasti permintaan terhadap sesuatu produk.
Sebab itu ramai interpreuner yang merasa hampa dan kecewa dengan perniagaan di internet. Malah ada yang gulung tikar. Bukan mereka tiada produk untuk dijual. Bukan disebabkan mereka tidak mempunyai “passionate” dengan produk dan perniagaan mereka. Bukan produk mereka tidak berkualiti. Bukan perkhidmatan yang mereka berikan kepada pelanggan tidak berkualiti, Bukan laman web mereka tidak professional dan menarik. Tetapi yang sebenarnya mereka tidak tahu apa yang manusia di internet cari dan inginkan.
Kita perlu mencari permintaan terlebih dahulu, baru kita mencari produk tersebut. Adalah salah jika kita menyediakan produk terlebih dahulu dan kemudian baru kita mencari permintaan.
Process nya adalah seperti dibawah:
Untuk pada tahap ini, saya harap semua persoalan dan penjelasan diatas sudah mencukupi untuk anda memahami apakah itu keywords dan juga kepentingan nya kepada interpreuner.
Untuk anda baca artikel ini seterusnya, anda perlu betul-betul faham dahulu penjelasan diatas. Kerana persoalan seterusnya agak teknikal sedikit dan kita perlu berfikiran agak analytic. Jika penjelasan saya masih tidak mencukupi, anda boleh cari di Search Engine seperti Google ataupun Yahoo! dengan menggunakan keywords “KEYWORDS”.
Baiklah kita sambung pula kepada soalan yang ke empat. Iaitu:
Jika anda ingin menggunakan Google Keywords Tool, anda boleh melawati laman web tersebut dengan klik disini. Anda akan melihat laman webnya seperti contoh gambar dibawah.
Saya telah menggunakan keywords "DVD games" kedalam Tool tersebut. Dan hasilnya adalah seperti gambar dibawah:
Manakala jika anda rasa Google pun tidak mencukupi untuk analisa anda, anda juga boleh gunakan Yahoo Keywords Tool. Untuk kesana anda boleh klik disini.
Jika itu pun anda rasa tidak mencukupi lagi….. Baiklah saya akan hantar anda ke sebuah laman web yang mana mereka akan memberikan anda percuma sahaja tool keywords mereka. Anda perlu download tools keywords tersebut. Application size tersebut adalah sebesar 577kb. Dengan klik disini saya akan hantar anda terus kelaman web tersebut. Anda akan lihat laman webnya seperti gambar dibawah:
Manakala contoh aplikasinya adalah seperti gambar dibawah:
Untuk menggunakan tools yang saya senaraikan diatas tadi, saya telah beritahu kepada anda bahawa kita perlu berfikiran agak analytic. Kerana kita perlu menganalisa keywords dan melihat bagaimana trend penggunaan keywords tersebut. Dari analisa yang kita perolehi itu, kita boleh melihat trend permintaan manusia terhadap sesuatu informasi dan juga produk-produk yang berkaitan dengan keywords tersebut.
Sebenarnya banyak lagi kegunaan "keywords" untuk interpreuner. Bukan sahaja menganalisa permintaan, tetapi juga ianya boleh digunakan sebagai teknik untuk meletakkan laman web kita dimuka hadapan Search Engine agar ianya lebih popular. Dan penggunaan yang lain pula adalah untuk kita membuat kempen didalam pengiklanan atau promosi dengan menggunakan Google Adwords yang mana mereka akan menawarkan kepada kita perkhidmatan seperti Pay-Per-Click (PPP) atau Pay-Per-Impression (PPI) untuk kita membuat kempen dan promosi di internet.
Fakta: Tahukah anda apakah yang menyebabkan Search Engine Google ataupun Yahoo! paling suka untuk meletakkan laman web anda dilaman muka hadapan Search Engine mereka? Jawapannya adalah "Information" Mereka mempunyai "spider yang lapar dengan "informasi" untuk dihantar kelaman web anda.
Spider-spider ini akan merayap kedalam seluruh laman web anda. Mereka akan mengambil atau memungut (Collect) segala informasi kedalam laman web anda itu dan dihantar kesarang mereka, iaitu Web Server Search Engine untuk dianalisa. Lebih banyak informasi yang terdapat dilaman web anda, maka lebih keraplah spider mereka datang kelaman web anda. Tetapi ingat! Informasi didalam laman web anda itu hendaklah sentiasa atau kerap di update / dikemaskini atau sentiasa ada artikel terbaru. Kalau laman web anda itu statik sahaja, ianya tidak mencukupi. Macam kedai makan juga la...Kalau jual hanya satu lauk yang sama aje tiap-tiap hari, lama-lama jemu juga...Sekali-sekala hendak juga rasa menu yang lain. Lagi banyak menu dan sering bertukar-tukar, lagi bagus.
Selamat mencuba.
"MONSUN adalah sebuah laman web perniagaan yang lengkap untuk anda terus memulakan perniagaan anda di Internet."
2 comments:
Tulisan artikel di blog Anda bagus-bagus. Agar lebih bermanfaat lagi, Anda bisa lebih mempromosikan dan mempopulerkan artikel Anda di infoGue.com ke semua pembaca di seluruh Indonesia. Salam Blogger!
http://www.infogue.com/
http://www.infogue.com/bisnis_keuangan/apakah_pentingnya_keywords_kepada_interpreuner_/
Terima kasih diatas sokongan anda terhadap blog saya ini. Sudah tentu anda akan mendapatkan lebih banyak lagi jawapan-jawapan yang tidak pernah diberitahu oleh pakar-pakar internet diseluruh dunia.
Saya sendiri akan mendedahkannya satu persatu. Kerana ramai peniaga-peniaga di internet tidak mengetahuinya dan juga mengambil mudah.
Post a Comment