" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!

Bandwidth Speed Test


Monsun Biz Oring Technologies Landlord 0146

My Previous Article Archieve

Friday, April 11, 2008

Apakah Kepentingan Domain Name pada Laman web Perniagaan kita?

Sebelum seseorang dapat melayarkan laman web mereka di internet mereka hendaklah terlebih dahulu mempunyai ‘web address’ atau dipanggil sebagai Domain Name. Sebagai contoh Domain Name adalah seperti http://www.ebay.com. Domain name tersebut adalah “ebay”. Ianya tidak termasuk http://www. dan juga .com, .net, .biz, .com.my dan sebagainya.

Domain Name ini digunakan sebagai alamat kepada sesuatu laman web. Sebagai contoh http://www.monsun-biz.com. Tujuan penggunaannya adalah sama dengan alamat rumah. Ini adalah untuk memudahkan pelayar internet mencari atau melawati sesuatu laman web tersebut.

Tetapi apakah kita boleh memilih apa sahaja Domain Name yang kita inginkan? Mungkin seperti http://www.rushdibaharum.com atau lebih kompleks lagi seperti http://www.rushdi89baharum-biz.com? Boleh. Memang boleh. Anda boleh meletakkan apa sahaja nama yang anda fikir menarik buat anda. Jika ianya adalah laman web persendirian anda sendiri dan anda sahaja yang hendak melawatinya, itu terserah kepada anda. Tetapi, saya menasihatkan kepada anda, jika anda ingin menggunakan Domain Name untuk laman web perniagaan anda, pastikan ianya mudah dan ringkas. Diantara criteria yang perlu anda mengambil kira ketika memilih Domain Name untuk laman web perniagaan anda berikut adalah kriterianya:

  1. Mudah
    1. Difahami
    2. Ditype di Browser web address.
    3. Di ingati
  2. Seringkas yang mungkin.
  3. Sesuai dengan perniagaan anda.
  4. Menarik atau unik.
  5. Boleh digunakan secara global atau international.

Lihat sahaja contoh-contoh domain name seperti:

  1. http://www.ebay.com
  2. http://www.yahoo.com
  3. http://www.google.com
  4. http://msn.com
  5. http://aol.com
  6. http://microsoft.com

Seboleh-bolehnya elakkan dari menggunakan sebarang character seperti *, @, %, > dan lain-lain termasuklah ‘-‘. Sebagai contoh:

  1. http://rushdi*baharum.com
  2. http://oringtech@biz.com
  3. http://oring-tech.com

Bukan mudah untuk mendapatkan domain name yang ringkas, lebih-lebih lagi dengan menggunakan 4 hingga 5 huruf kebawah. Kebanyakan semuanya telah digunakan oleh lebih dari 1 billion laman web diseluruh dunia.

Tetapi untuk memilih domain name, anda hendaklah berhati-hati. Buat sedikit kajian dan brainstorming. Ambil sedikit masa. Ianya pasti berbaloi.

Jika anda ingin menyemak samada Domain Name yang anda pilih itu masih belum digunakan atau tidak anda boleh pergi kemana-mana laman web hosting. Dan periksa Domain name yang anda inginkan disana. Atau anda boleh terus klik disini untuk anda terus pergi kelaman web WhoIs.net.

Masukkan Domain name yang anda inginkan didalam ruang kosong Get your own Domain Name. Jika masih belum digunakan, anda boleh menyewanya untuk tempoh setahun.

Sebagai contoh:

Dilaman web ini anda juga boleh melihat siapakah empunya sesuatu laman web tersebut. Sebaga contoh, cuba anda ‘type’ monsun-biz di ruang kosong WHOIS Lookup untuk anda mengetahui lebih lanjut mengenai laman web http://www.monsun-biz.com. Disitu mereka akan beritahu anda bilakah laman web tersebut didaftarkan dan bilakah tarikh tamatnya laman web tersebut. Malah ianya juga akan memaparkan siapa empunya laman web tersebut seperti nama syarikat dan juga alamatnya.


Sebagai contoh untuk laman web http://monsun-biz.com adalah seperti berikut:

Dan infomarmasi mengenai laman web tersebut adalah seperti berikut:



Itupun jika ada…. Tetapi kebanyakannya memang ada. Kepada yang pandai sedikit, mereka boleh sembunyikan informasi-informasi tersebut dari dipaparkan kepada umum.

Oleh itu, kita kenalah ingatkan Encik Zubir Yahya agar jangan lupa renew laman web Monsun-biz pada 15 August 2008! Kalau tidak nanti laman web Monsun tak berfungsi…

Selamat mencuba.

No comments:

AlatPenjimatan.Com