Saya suka mengingatkan kepada anda semua bahawa saya ada mendengar berita di Radio24, Symantec Malaysia mengatakan bahawa baru-baru ini serangan virus di interent semakin meningkat. Malaysia merupakan negara di Asia yang tertinggi peratusannya diserang oleh virus.
Oleh itu mereka mengingatkan kepada kita agar berhati-hati dengan link-link yang terdapat di Internet. Terutama sekali link yang diberi didalam Email. Symantec Malaysia juga menasihatkan agar kita jangan klik pada link-link tersebut melainkan kita benar-benar kenal siapa pengirim email itu.
Jika anda dapati ada email yang anda sendiri tidak pasti dari siapa pengirimnya dan anda rasa link yang diberikan kepada anda itu perlu anda klik kerana sebab-sebab tertentu, maka jangan klik terus kepada link tersebut, tetapi ambil nama link itu dan type satu persatu alamat link itu didalam internet browser diruang web address anda itu.
Sebagai contoh:
Katakan terdapat link didalam email anda yang menyeru anda klik disini. Atau klik pada link http://www.monsun-biz.com/landlord1.php?id=LAND0146 untuk anda pergi kelaman web tertentu. Maka apa yang perlu anda buat adalah, type http://www.monsun-biz.com sahaja didalam ruang kosong di web browser anda itu.
Contoh bergambar adalah seperti dibawah:
"MONSUN adalah sebuah laman web perniagaan yang lengkap untuk anda terus memulakan perniagaan anda di Internet."
No comments:
Post a Comment