Ramai diantara kita yang amat berminat untuk berniaga melalui Internet. Tetapi tidak kurang juga yang tidak begitu memahami proses perniagaan Internet tersebut yang menyebabkan ramai yang memendam rasa dan tidak kurang juga yang skeptikal dengan perniagaan internet.
Secara ringkasnya dibawah ini saya senaraikan perkara-perkara asas untuk kita memulakan sebuah perniagaan di internet. Perkara-perkara asas tersebut adalah:
- Anda mestilah mempunyai produk ataupun perkhidmatan.
- Sebuah Laman web perniagaan dan juga
- Sistem / kaedah penerimaan pembayaran melalui Internet atau Payment gateway.
Hanya 3 perkara asas ini sahaja yang perlu kita miliki untuk kita memulakan sebuah perniagaan Internet.
Setiap satunya mempunyai proses. Bermula dari proses bagaimana sesuatu produk itu disediakan, Laman web itu dicipta sehinggalah kepada berlakunya transaksi kewangan diantara pelanggan kepada anda. Yang menariknya disini, setiap proses tersebut berlaku secara automatic tanpa perlu anda menyentuh apa-apa pun. Seperti yang saya katakan ianya berlaku 24jam sehari 7 hari seminggu tanpa henti tanpa anda sedari. Tetapi peranan anda disini hanyalah menjawap pertanyaan-pertanyaan melalui email oleh pelanggan-pelanggan anda. Jika anda bijak, anda boleh kumpulkan semua soalan tersebut untuk dijadikan sebagai soalan-soalan lazim (FAQ) didalam laman web anda itu. Ini akan memudahkan pelanggan-pelanggan anda membuat keputusan untuk membeli dengan lebih cepat. Kesemua soalan-soalan lazim tersebiut hendaklah diletakkan didalam satu laman web khusus yang lain dari laman web jualan anda itu tadi.
Semua yang saya katakan diatas adalah proses untuk mereka yang menjual produk elektronik seperti ebook, dan juga software sahaja. Bukan barangan elektronik ataupun barangan-barangan yang lain.
Tetapi untuk mereka yang ingin menjual produk-produk yang berasaskan barang seperti handphone, baju, kasut, seluar, makanan, barangan kesihatan dan lain-lain di Internet, anda perlu menambah dua lagi proses iaitu proses pembungkusan dan juga proses penghantaran kepada pelanggan-pelanggan anda yang berada diseluruh dunia.
Sudahkah anda bersedia untuk memulakan perniagaan di Internet? Saya percaya ramai yang berminat untuk menyertainya. Saya akan sambung artikel ini, dengan menjelaskan bagaimana setiap dari 3 perkara diatas untuk anda sediakan.
"MONSUN adalah sebuah laman web perniagaan yang lengkap untuk anda terus memulakan perniagaan anda di Internet."
No comments:
Post a Comment