" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!

Bandwidth Speed Test


Monsun Biz Oring Technologies Landlord 0146

My Previous Article Archieve

Tuesday, April 8, 2008

Apakah Produk Yang boleh Di Jual Di Internet?

Untuk artikel kali ini saya akan sambung pula dengan Produk.

Apakah jenis produk atau pun perkhidmatan yang boleh dijual dan di promosikan melalui internet? Boleh dikatakan semua jenis product barangan boleh kita jual di internet. Tetapi yang pastinya produk tersebut mestilah sah disegi undang-undang.

Diantara contoh senarai produk barangan yang boleh dijual adalah:

  1. Barangan 2nd hand yang tidak anda guna atau pakai lagi.
  2. Barangan ubat-ubatan atau kesihatan.
  3. Barangan kulit.
  4. Cenderahati
  5. Alatan Golf
  6. Buku (Hardcopy)
  7. Kasut
  8. Baju dan seluar.
  9. produk makanan.
  10. barangan accessories kereta, motor dll.
  11. Barangan accessories kecantikan diri.
  12. Rumah.
  13. Kereta dan banyak lagi.
Sebagai contoh laman web perniagaan yang terbaik anda boleh klik banner dibawah untuk terus pergi ke kedai online beliau.

Manakala contoh bahagian perkhidmatan pula adalah:
  1. Mengemas dan membersihkan rumah.
  2. Dobby (Kedai mencuci pakaian)
  3. Memotong rumput.
  4. Membaiki kereta.
  5. Memasang alat accessories kereta.
  6. Webhosting.
  7. Perunding.
  8. Membaiki alat elektronik, seperti Komputer, TV, radio dll
Contoh produk elektronik pula adalah:
  1. Ebook dan
  2. software

Jika disenaraikan semuanya memang banyak dan tidak cukup didalam satu laman ini.
Tetapi berikut adalah kategori barangan dan perkhidmatan yang boleh anda jual di internet:

  1. Antiques
  2. Art
  3. Baby
  4. Books
  5. Business & Industrial
  6. Cameras & Photo
  7. Cars, Boats, Vehicles & Parts
  8. Cell Phones & PDAs
  9. Clothing, Shoes & Accessories
  10. Coins & Paper Money
  11. Collectibles
  12. Computers & Networking
  13. Consumer Electronics
  14. Crafts
  15. Dolls & Bears
  16. DVDs & Movies
  17. Entertainment Memorabilia
  18. Gift Certificates
  19. Health & Beauty
  20. Home & Garden
  21. Jewelry & Watches
  22. Music
  23. Musical Instruments
  24. Pottery & Glass
  25. Real Estate
  26. Specialty Services
  27. Sporting Goods
  28. Sports Mem, Cards & Fan Shop
  29. Stamps
  30. Tickets
  31. Toys & Hobbies
  32. Travel
  33. Video Games
  34. Everything Else
  35. Giving Works

Apa yang paling penting adalah apa yang anda minat, miliki dan memang ianya adalah perniagaan anda yang sedia ada.

Tetapi jika anda memang ingin mempunyai perniagaan internet yang menguntungkan, anda hendaklah membuat sedikit kajian tentang sesuatu produk. Jika kajian anda tepat dan kaedah promosi anda juga tepat pada masanya, sudah pasti produk anda itu mendapat sambutan yang hebat di internet. Yang paling penting adalah bekalan haruslah mencukupi.

Ada juga yang tidak mempunyai produk atau sebarang perkhidmatan, tetapi mereka ingin berniaga di internet. Ada…..memang ada. Mereka ini tidak mempunyai apa-apa jua produk ditangan dan sebarang pengalaman dan kepakaran dalam sesuatu perkhidmatan, tetapi mereka mempunyai perniagaan di internet. Jangan terkejut jika saya katakan ada diantara mereka ini mempunyai pendapatan tidak kurang RM10,000 sebulan hanya dengan menjual produk atau perkhidmatan orang lain diinternet. Program perniagaan seperti ini dipanggil ‘Affiliate’. Yang mana kita hanya mempromosikan produk dan perkhidmatan orang lain di internet dan mendapatkan beberapa peratus keuntungan bagi setiap produk yang kita jual.

Okay…jumpa lagi di artikel yang akan datang. Kita akan bincangkan pula mengenai penyediaaan laman web jualan.

p.s: Sempena hari ibu yang akan datang ini, apakata kita cari produk barangan untuk ibu yang tersayang? Apakah anda mempunyai produk untuk dijual sempena hari ibu? Jika
ada, promosikannya segera.

"MONSUN adalah pakej perniagaan internet yang lengkap untuk anda terus memulakan perniagaan anda di Internet."

No comments:

AlatPenjimatan.Com