Mutiara kata dari mereka yang Berjaya
"Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini yang orang kadang-kadang terlepas pandang"
- Dato' Dr Fadzilah Kamsah
"Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca, maka saya bertambah kaya"
- Azizi Ali
"Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif"
-Chef Li
"Apa yang paling penting adalah setelah kita miliki segala-galanya, maka satu lagi yang kita beri adalah kepada masyarakat"
-Dato' Dr Azman Ching
"Sekarang, jika kita tidak ambil risiko dan berani, kita tidak boleh jadi kaya. Tidak boleh menjadi jutawan kerana peluang adalah lebih banyak daripada dulu"
- Billi Lim
"Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan"
- Dato' Hussamuddin
"Kenapa orang itu kaya? Kenapa orang itu miskin? Semuanya bersangkut paut dengan minda"
- Abang Abu
"Apa yang kita capai tahun depan, atau lima tahun akan datang, atau sepuluh tahun akan datang adalah berdasarkan pilihan dan keputusan yang kita lakukan hari ini"
-Irfan Khairi
No comments:
Post a Comment