Seperti yang telah saya katakan pada ratikel saya yang lepas, bahawa tajuk tersebut amat penting. Oleh itu saya akan membawa anda terus kepada salah satu tool atau perkakasan yang boleh anda gunakan untuk melihat statistic dan juga menganalisa pelayar yang berkunjung kelaman web perniagaan anda. Perkakasan ini bukan sahaja boleh digunakan kepada laman web perniagaan, malah blog seperti ini juga boleh digunakan untuk anda menjejaki pengunjung laman blog anda itu.
Perkakasan yang ingin saya memperkenalkan kepada anda itu adalah Google Analytics. Kepada anda yang telah dan pernah menggunakan perkhidmatan Google Analytics ini, syabas saya ucapkan, kerana anda menggunakan satu tool yang hebat dan sudah tentu anda dapat merasakan kesannya dan juga tahu kebaikkan yang ditawarkan oleh Google Analytics.
Anda tidak perlu membayar kepada Google untuk menggunakan perkhidmatan mereka itu. Ianya adalah percuma. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Google kerana menyediakan perkhidmatan yang amat bermanfaat ini secara percuma.
Sebelum anda boleh menggunakan perkhidmatan Google analytics itu, anda perlu mendaftarnya terlebih dahulu.
Bagaimana untuk mendaftar dengan Google Analytics?
Untuk mendaftar, ianya adalah perkara yang mudah. Yang agak sukarnya adalah apabila anda hendak memasukkan “coding” nya kedalam laman web perniagaan anda atau didalam blog yang hendak anda “track” atau jejaki itu. Jangan bimbang, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana caranya untuk anda memasukkan "coding" tersebut kedalam laman web perniagaan dan juga blog anda sendiri.
Bagaimana untuk mendaftar dengan Google analytics? Untuk anda melayari laman web Google Analytics anda boleh terus klik disini atau menggunakan alamat nya seperti; http://google.com/analytics. Jika anda ingin terus mendaftar dengan Google Analytics anda boleh terus klik disini. Apabila anda telah tiba di laman web nya, anda akan melihat laman webnya seperti berikut:
Masukkan segala maklumat yang diperlukan dan juga code yang dipaparkan dibawah laman web tersebut. Sebagai contoh lihat gambar dibawah:
Setelah itu anda dikehendaki menekan button “I accept. Create my account” dan anda akan dihantar terus kelaman web berikut seperti gambar dibawah.
Anda boleh klik pada perkataan “Click to continue”. Tetapi walau bagaimanapun, anda hendaklah mengesahkan email yang dihantar oleh Google Analytics melalui email yang telah anda gunakan semasa anda mendaftar tadi. Ini adalah sebagai bukti bahawa email anda itu adalah sah. Jika anda tidak membuka email dan mengesahkan email anda itu melalui link yang diberikan, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan tersebut, tetapi tidak semua fungsi Google Analytics boleh anda boleh gunakan. Saya nasihatkan kepada anda agar mengesahkan pendaftaran anda melalui email, agar semua fungsi perkhidmatan tersebut boleh anda gunakan sepenuhnya.
Setelah anda mengesahkan melalui email anda tadi, anda akan dihantar terus kelaman web seperti dibawah. Ini menunjukkan, bahawa anda telah sah sebagai pengguna yang berdaftar dengan Google Analytics.
Kepada anda yang telah tahu bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan Google Analytics ini, anda boleh terus berseronokkan dengan permainan baru anda itu.
Dan kepada anda yang masih baru dan masih tidak berapa faham dengan penggunaan perkhidmatan ini, tunggu artikel saya yang akan datang. Saya akan menerangkan kepada anda bagaimana anda boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk membantu anda melihat dan menganalisis pelayar yang berkunjung kelaman web anda itu.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment