" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!

Bandwidth Speed Test


Monsun Biz Oring Technologies Landlord 0146

My Previous Article Archieve

Wednesday, April 30, 2008

Pentingkah para peniaga internet mengetahui jumlah pelayar yang berkunjung kelaman web perniagaan mereka?

Tajuk diatas adalah tajuk yang amat penting untuk kita mengetahuinya. Malah lebih dari itu. Bagi saya, ianya sama pentingnya untuk kita mengetahui “Jatuh atau bangunnya perniagaan kita”. Kita perlu mengetahuinya, sedalam-dalam yang mungkin. Jika perlu untuk kita melakukan analysis mengenainya, teruskan. Kerana saya percaya anda tidak akan rugi atau menyesal dengan masa yang anda luangkan dengannya.

Okay. Saya akan mulakannya dengan begini. Kita ambil satu contoh, satu contoh pasaraya yang biasa anda pergi untuk membeli belah. Jika anda perasan, terdapat satu alat yang terletak disebelah kiri dan kanan anda ketika anda melangkah masuk kedalam sesebuah pasaraya. Tahukah anda, apakah alat tersebut? Dan apakah gunanya alat tersebut. Alat tersebut dinamakan sebagai “Customer Counter Scanner”. Alat tersebut adalah sebuah scanner atau pengimbas untuk mengimbas setiap satu manusia yang memasuki pasaraya mereka. Tujuan adalah untuk mereka mengira jumlah pengunjung yang berkunjung ke pasaraya mereka.

Persoalannya, mengapa mereka mengira jumlah pengunjung yang mengunjung ke pasaraya mereka? Apakah yang mereka buat dengan jumlah pengunjung tersebut?

Untuk pengetahuan anda, dari data-data jumlah pengunjunglah, maka mereka akan melakukan beberapa analisa untuk kegunaan perniagaan mereka. Samada untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan, mengurangkan kos perbelanjaan, peningkatkan keuntungan dan pelbagai lagi penambah baikkan yang mereka rasakan perlu.

Ya! Jumlah pengunjung. Tapi tahukah anda bahawa jumlah pengunjung ada turun dan naiknya? Jika jumlahnya naik, bilakah masanya? Jika jumlahnya menurun, bila pula masanya? Semua persoalan ini perlu dijawap dengan tepat. Untuk menjawapnya dengan tepat, anda memerlukan satu kaedah untuk Pungutan Data atau “Data Collection” untuk jangka masa yang tertentu atau sepanjang masa. Biasanya bagi pasaraya-pasaraya yang besar, pungutan data hanya akan diambil dalam tempoh setahun. Mereka akan melantik 3rd party vendor atau consultant untuk mengambil data-data tersebut dan menganalisa nya mengikut keperluan dan kehendak mereka.

Begitu juga kepada mereka yang berniaga di internet. Terutama kepada mereka yang mempunyai laman web perniagaan mereka sendiri. Para peniaga yang mempunyai laman web perniagaan mereka sendiri yang dilayarkan di internet perlu mengetahui, berapakah pelayar yang berkunjung kelaman web mereka. Bukan itu sahaja. Tetapi bilakah masanya?

Kita akan sambung lagi tajuk ini diartikel saya yang akan datang. Diantara perkara yang akan saya sentuh adalah:

  1. Bagaimana untuk kita mengetahui,
  2. Berapakah jumlah pelayar yang berkunjung kelaman web kita?
  3. Dimanakah mereka berada (secara geographical)?
  4. Berapa lamakah mereka berkunjung?
  5. Dimanakah mereka dapat mencari laman web anda, yang sudah tentunya berjuta-juta laman web yang lain yang terdapat didalam internet ini?
  6. Berapa lamakah mereka melayari laman web anda secara puratanya?
  7. Pada tarikh bilakah yang paling ramai pengunjung?
  8. Mengapakah tarikh tersebut ramai yang berkunjung?
  9. Mengapa pula tarikh-tarikh tertentu, tiada pula yang berkunjung atau tidak ramai pengunjung?

Dan yang paling penting adalah, bagaimana caranya dan apakah kaedah dan perkakasan yang perlu anda gunakan untuk tujuan tersebut. Dan banyak lagi analisa-analisa yang penting untuk kita mengetahuinya, untuk memastikan laman web perniagaan kita itu semakin dikenali ramai, dan juga semakin berkesan.

Kita akan lihat bersama-sama, bagaimana data-data ini dapat membantu kita dalam meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan, kualiti laman web perniagaan dan yang paling penting adalah bagi tujuan strategy pemasaran.

Konsepnya sama dengan contoh pasaraya yang saya berikan diatas tadi. Tetapi yang membezakannya adalah, kita akan melakukannya secara maya atau “virtual” dan data-data yang anda perolehi dari internet lebih kompleks, terperinci dan juga agak teknikal. Ianya juga penuh dengan graphical dan juga graph-graph.

Jangan lupa lawati laman blog saya ini dari masa kesemasa. Saya akan dedahkan rahsianya. Ianya tidak akan ada rahsia lagi antara kita.


Brought to you by:

No comments:

AlatPenjimatan.Com