" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!

Bandwidth Speed Test


Monsun Biz Oring Technologies Landlord 0146

My Previous Article Archieve

Thursday, April 10, 2008

Anda Tidak Mempunyai Idea Produk Apakah Yang Paling Dikehendaki Di Internet?

Ramai diantara peniaga-peniaga diinternet tidak mempunyai sebarang idea dan petunjuk, produk apakah yang paling ramai pelayar internet inginkan dan cari.
Atau produk apakah yang paling laris dan dikehendaki didalam internet? Saya boleh rasakan bagaimana perasaan kekecewaan anda itu apabila produk-produk anda tidak laris dijual diinternet seperti yang anda harapkan. Mungkin anda ada terbaca bagaimana ramai peniaga yang mampu menjual produk mereka dengan banyak sekali dengan keuntungan yang begitu mendadak. Dimanakah peniaga-peniaga ini mendapatkan maklumat dan idea untuk menjual produk-produk yang paling laris diinternet?

Saya rasa saya boleh memberikan anda sedikit gambaran bagaimanakah mereka-mereka ini boleh mendapatkan maklumat-maklumat tersebut.

Sudah tentu sebelum seseorang peniaga hendak mula menjual sesuatu produk di internet mereka perlu mengetahui produk apakah yang mendapat sambutan ramai di internet ketika ini. Tetapi soalan yang paling penting dan kritikal sebelum itu adalah bagaimanakah caranya untuk mereka mendapatkan semua maklumat tersebut? Saya pasti ramai diantara kita yang telahpun mengetahui perkataan seperti “Want it now” ataupun “Wanted” didalam sesebuah laman web Online Market ataupun Laman Web Auction, Seperti eBay, Mudah.com.my, lelong.com.my dan kebanyakan laman web online market menggunakannya. Jika anda masih tidak mengetahui mengenainya, saya akan beritahu kepada anda apakah perkataan itu dan bagaimanakah anda boleh mendapat kelebihan dari section tersebut.

Section “Want it now” didalam sesebuah laman telah diperkenalkan dahulu oleh eBay. Section tersebut digunakan untuk mereka-mereka atau pembeli yang inginkan sesuatu barang tetapi tidak terdapat didalam laman web jualan tersebut ataupun barang-barang yang sedia ada dijual dilaman web tersebut tidak menepati kehendak dan juga spesifikasi pelanggan. Tetapi sekarang section "Want It Now" tidak lagi kelihatan dilaman web eBay.com. Saya tidak pasti apakah sebabnya section tersebut dikeluarkan. Atau mungkin section tersebut telah diubah suai nama dan juga laman webnya. Tetapi section "Wanted" masih anda boleh dapati di laman web seperti mudah.com.my dan juga lelong.com.my. Sebagai contohnya:

Contoh laman web lelong.com.my:
Contoh laman web mudah.com.my:


Dari pandangan seseorang penjual atau peniaga, section “Want it now” atau “Wanted” adalah section yang paling baik untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu barang yang dikehendaki oleh orang ramai. Anda juga boleh melawati section tersebut untuk mendapatkan maklumat-maklumat disana. Anda juga boleh melihat setiap maklumat mengenai sesuatu kategori-kategori barang yang anda inginkan. Anda boleh menganalisa sendiri secara manual permintaan-permintaan tersebut yang mana kebanyakan pembeli inginkan tetapi mereka tidak menjumpai barang-barang tersebut. Anda boleh melakukan “Copy and paste” kesemua senarai tersebut kedalam Microsft Excell untuk anda membuat analisa anda sendiri. Dari senarai tersebut anda boleh “sort” senarai tersebut didalam excel mengikut “alphabetically order” dan lihat jika anda mendapat sebarang maklumat atau sebarang “niches” didalam senarai tersebut.

Kaedah seperti ini boleh juga kita lakukan untuk menjual apa-apa jua produk atau perkhidmatan didalam laman web Online market kita seperti Gateway2020 ataupun Monsun-biz.com.

Saya telah pun melihat satu senarai produk didalam section “Want it now” yang mempunyai permintaan sebanyak 10,368 post yang inginkan barang tersebut. Dengan jumlah post yang sebanyak itu saya pasti anda juga boleh mengenal pasti trend permintaan terhadap sesuatu barang.

Jika anda ingin melakukannya dengan cara sedemikian, iaitu secara manual, sudah tentu anda memerlukan masa yang agak panjang dan juga anda haruslah mempunyai sambungan internet yang laju seperti Streamyx. Dan tidak mustahil juga pada awalnya anda menghadapi sedikit kesukaran untuk melakukannya dan anda tidak dapat melihat trend permintaan tersebut. Tetapi, ianya masih praktikal untuk anda melakukannya sekiranya anda memikirkan barang apakah yang paling banyak mendapat perminataan dan sambutan ramai diinternet.

Sebagai contoh saya telah mendapatkan analysis yang lengkap antara kategori barang yang paling ramai inginkan. Sila Lihat Jadual dan Graph dibawah:


Manakala senarai "Top Keywords" yang ramai pelayar gunakan didalam eBay pula adalah seperti dibawah:

Jika anda benar-benar berminat dan serious untuk mendapatkan semua maklumat tersebut hanya dalam masa 10 minit, anda boleh menggunakan software-software tertentu yang ada terjual didalam internet.

No comments:

AlatPenjimatan.Com