Mengenal pasti Peluang Mengurus dan Menghindari Ancaman SWOT Analisis adalah suatu teknik yang amat berkuasa dan terbukti berkesan untuk kita memahami secara betul dan tepat KEKUATAN dan KELEMAHAN, dan juga untuk melihat PELUANG yang ada dan ANCAMAN yang kita hadapi ketika ini. Nama SWOT itu sendiri diambil dari pangkal huruf bagi setiap perkataan Strenghts, Weaknesses, Opportunities dan juga Threat. Dan dengan setiap perkataan inilah, kita dikehendaki melakukan analisis. Ianya digunakan didalam banyak konteks peniagaan, ianya mampu membantu kita semua mengenal pasti suatu peluang perniagaan yang khusus dan unik didalam bidang perniagaan kita. Ianya juga boleh digunakan didalam konteks peribadi atau untuk diri sendiri. Dengannya, ianya mampu membantu kita membina kerjaya dengan mengenal pasti kebolehan dan peluang yang kita miliki. SWOT analisis dikatakan amat berkuasa dan berkesan kerana hanya dengan menyumbangkan sedikit idea, ianya mampu membantu kita mengenal pasti pelbagai peluang yang ada yang kita sendiri faham dan mampu melakukannya. Dan juga dengan mengenal pasti KELEMAHAN yang ada pada perniagaan kita, kita mampu mengurusnya dan memperbaiki ANCAMAN yang kita sendiri tidak terfikirkan sebelum ini. Ianya lebih dari itu. Hanya dengan mengenali diri kita sendiri dan juga pesaing kita yang ada dengan menggunakan SWOT analisis ini, kita boleh merangka satu pelan tindakan yang lebih berkesan dan tertumpu yang mampu membantu kita semua membezakan antara kita dengan pesaing kita yang lain. Dengan cara ini kita mampu bersaing dengan berkesan didalam pasaran perniagaan kita sendiri. Bagaimana untuk menggunakan alat ini: Strengths: KEKUATAN Untuk melakukan atau menjawap pertanyaan diatas tadi, kita perlu meletakkan diri kita sendiri sebagai pelanggan kepada perniagaan kita. Ianya perlu REALISTIC atau boleh diterima akal. Dengan melihat segala KEKUATAN yang kita miliki, kita perlu mengaitkannya dengan pesaing kita. Sebagai contoh, jika semua pesaing anda memberikan produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi, sedangkan proses pengeluaran yang berkualiti tinggi adalah bukan sesuatu kekuatan didalam mana-mana komponen proses pemasaran. Ianya bukan suatu keperluan (it is not necessary), tetapi ianya adalah kehendak (it is necessity) dalam komponen proses pemasaran. Yang mana ianya adalah suatu pilihan bukan sesuatu kemestian. Weaknesses: KELEMAHAN Sekali lagi kita perlu mempertimbangkannya atau menilainya secara dalaman dan luaran. Apakah ada orang lain yang melihat kelemahan kita yang kita sendiri tidak sedar? Apakah pesaing kita melakukan lebih baik dari kita lakukan? Ianya adalah cara yang terbaik jika kita benar-benar menjawap segala pertanyaan tersebut secara realistic atau boleh diterima akal dan hadapi segalanya secara positif dan melakukannya secepat yang mungkin. Opportunities: PELUANG Peluang yang berguna boleh datang dari pelbagai perkara seperti berikut: Pendekatan yang berfaedah kepada peluang adalah dengan melihat pada kekuatan yang kita ada dan apakah ianya memberi sebarang peluang kepada perniagaan kita. Sebagai pilihan yang lain, lihat kepada kelemahan yang kita ada dan apakah kita boleh mencipta peluang dengan menyingkirkan kelemahan-kelemahan tersebut. Threats: ANCAMAN Dengan melakukan analisis seperti ini, kita mampu melakukan dan melaksanakan sebarang projek, tugasan dan strategy dengan lebih berkesan dan juga menimbangkan segala permasalahan yang ada dengan pandangan yang wajar. KEKUATAN dan KELEMAHAN adalah seringkali terdapat didalam mana-mana organisasi. PELUANG dan ANCAMAN sentiasa dikaitkan dengan faktor-faktor luaran. Dengan sebab itu lah maka SWOT analisi ini ada kalanya dikenali sebagai Analisis Luaran dan Dalaman atau dipanggil sebagai alatan IE Matrix analisis (Internal and External Matrix Analysis). Kita juga boleh menggunakan SWOT analisis kepada pesaing kita. Dengan melakukan kaedah ini, kita akan mula mampu melihat bagaimana dan dimanakah kita boleh bersaing dengan mereka. Tujuan Utama alat ini digunakan: SWOT analisis adalah suatu alat pengurusan yang berkesan dan berkuasa untuk kita menganalisa Kekuatan dan Kelemahan Syarikat kita sendiri dan juga Peluang dan Ancaman yang kita hadapi. Dengan caranya ini, kita mampu memberi tumpuan kepada setiap perancangan, tindakan dan strategi dengan merujuk kepada kekuatan, mengurangkan ancaman, dan mengambil segala kesempatan yang ada terhadap peluang yang wujud disekitar kita.
" Nothing Happens Until
Somebody Sells Something....
at a Profit!
Somebody Sells Something....
at a Profit!
Bandwidth Speed Test
My Previous Article Archieve
Wednesday, July 30, 2008
SWOT Analysis
Labels:
ORING Tech
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment