Saya amat tertarik dengan tajuk berita diatas yang saya petik dari Berita Harian Online yang bertarikh 26 Mac 2008. Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu bersungguh-sungguh untuk memulihkan kembali kredibiliti kerajaan dalam membina kepercayaan rakyat Malaysia kepada kerajaan yang baru dibentuk.
Berikut adalah sedikit petikkan yang saya ambil dari tajuk berita diatas:
Dalam ucaptama pada persidangan Invest Malaysia 2008 di sini semalam, Abdullah berkata, keputusan pilihan raya umum lalu memberi mesej kuat bahawa beliau tidak bergerak sepantas seperti sepatutnya dalam melaksanakan pembaharuan yang dijanjikan.
Pandangan dan tindakan Dato' Seri Abdullah adalah tepat. Ini menunjukkan betapa pentingnya era teknologi maklumat (ICT) dan juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dewasa ini. Bahkan kedua-dua teknologi ini mampu menentukan jatuh dan bangunnya sesebuah kerajaan.
Saya percaya, gelombang Informasi dan Teknologi Maklumat (ICT) dan juga khidmat pesanan ringkas (SMS) ini akan semakin rancak malah akan menjadi satu budaya yang baru (new culture) dalam kita berkomunikasi dan juga dalam menyampai dan menerima maklumat terkini.
Bukan itu sahaja. Malah saya percaya kedua-dua teknologi ini juga mampu untuk menjana ekonomi negara dengan lebih rancak lagi jika peniaga-peniaga di Malaysia perihatin dan mengmbil serius dengan belombang baru ini.
Peniaga-peniaga juga harus sedar bahawa gelombang baru ini (new wave) yang telah terbukti amat berkesan dalam menyebarkan maklumat-maklumat terkini lebih-lebih lagi dalam menyampaikan maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan mereka kepada setiap pelanggan yang berpotensi diluar sana.
Masa telah bertukar. Teknologi semakin canggih dan terus maju kehadapan. Jika kita masih lagi ragu-ragu ataupun tidak mengmbil berat dengan kedua-dua kuasa teknologi ini, maka kita akan jauh ketinggalan. Adalah satu kerugian yang amat sangat jika peniaga-peniaga di Malaysia terutama kepada peniaga-peniaga Industri Kecil dan Sederhana tidak mengambil peluang ini untuk memacu perniagaan mereka kepada tahap yang optimum.
No comments:
Post a Comment